Aku baru habis mengunyah roti cicah tuna cap ayam brand. Lama juga aku tak melantak tuna. Dulu-dulu dekat asrama selalu juga makan tuna zaid sponsor. Makan sama ali, wajidi, bacin, arip tulang sama budak dorm lain semua. Tapi sekarang zaman dah berubah. Zaid pun dah tak ada di sisi untuk sponsor tuna. Tuna sekarang beli sendiri. Ribu-ribu juga harga tuna dekat sini. Kira-kira balik, dah lama juga tinggalkan zaman sekolah. Dah nak masuk tahun baru dah pun berapa hari lagi. Amacam, nostalgik tak mukadimah aku kali ini?
Akhir-akhir ini, orang sekeliling memanggil aku dengan gelaran yang tidak berapa aku nak suka. Memandangkan aku tengah bercuti sekarang, aku banyak habiskan masa menaiki teksi, pergi membeli belah, pergi bank dan urusan-urusan bandar metropolis yang lain. Dan orang-orang inilah seperti pemandu teksi, akak-akak sama pak guard jaga bank, akak kedai baju, amoi kedai seluar, akak kaunter mekdi, mereka semua menyapa aku dengan panggilan 'bapak'. Walaupun panggilan itu lebih bermaksud tuan atau encik, tiba-tiba aku rasa aku dah tak muda dah. Tiba-tiba aku rasa mahu kahwin awal. Adakah ini yang dikatakan perubahan emosi dan psikologi?
Hari itu, semasa berurusan di bank, akak kaunter itu tak habis-habis panggil pak..pak..kepada aku. Aku rilek saja. Sampai giliran brader botak belakang aku, akak kaunter cakap ' Bisa saya bantu mas'. Celaka, tak sangka aku akak kaunter bank pun mahu berdiskriminasi sama orang hensem macam aku. Nasib baik dia cun juga.
Namun ada juga orang menyapa dengan panggilan yang aku suka.
'Boss mahu makan apa bos?'
Sambil membuat gaya boss, duduk silang kaki, dan bermuka bangsawan aku jawab
' Es jeruk aja deh'
Wednesday, December 30, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Melancong
Aku baru balik dari bandung semalam.
Pengalaman tak payah cerita. Sesat barat, menapak berkilo-kilo-kilometer, lepak kawah putih, makan batagor, pekena bakso bandung, jumpa hotel seram macam rumah hantu, membeli belah, beli tak belah2, belah tak beli apa2, naik turun angkut, turun angkut sampai tempat bukan2, tukar baju dekat fitting room macam di bilik sendiri, makcik speaking bahasa ntah apa2 satu jadah tak paham, mencarut tak berhenti, kena tipu teksi yang celaka buruk, tidur bilik tiada kipas mahupun ekon, tidur markas tentera nasional indonesia, naik kereta api gerabak gede, mandi air panas, makan strawberry, mandi air tanah gunung yang mencanak sejuknya, amek gambar gaya tak senonoh, dan macam2 lagi.
Satu je aku dan rakan-rakan tak puas hati. Orang cakap awek bandung ramai cun2, tapi apasal aku jumpa dua tiga orang je yang cun?? Ni aku yang kena tipu atau aku yang tengok awek2 tak pakai mata hati ni? Nak salahkan siapa sekarang ni?
Tapi, pergi bandung boleh tahan juga dia punya seronok!! Boleh tahan juga cepat wang kertas bertukar tangan.

(Menikmati keindahan alam di bandung sambil merenung masa depan di kawah putih. Aku tak tahu apehal budak yang dekat tengah tu tak mahu ikut tema penggambaran, tak paham bahasa betul!! Harap saja ambil medik. Nasib baik dia ketua rombongan)
Satu je aku dan rakan-rakan tak puas hati. Orang cakap awek bandung ramai cun2, tapi apasal aku jumpa dua tiga orang je yang cun?? Ni aku yang kena tipu atau aku yang tengok awek2 tak pakai mata hati ni? Nak salahkan siapa sekarang ni?
Tapi, pergi bandung boleh tahan juga dia punya seronok!! Boleh tahan juga cepat wang kertas bertukar tangan.
Friday, December 18, 2009
Mimpi
Aku baru balik dari tengok wayang, eh silap, menonton di bioskop. Tajuk filem dia sang pemimpi, sekuel laskar pelangi. Walaupun pada permulaan mendapat tentangan hebat dari josh, budak sarawak perut besar yang cakap cerita itu tak best sebab dia tengok poster filem itu macam celaka. Cerita kanak-kanak riang. Namun dalam panggung, dia paling banyak gelak. Celaka, cakap tak serupa bikin.
Habis menonton, kami semua sudah mula mimpi2 bukan2. Jika di dalam cerita itu, watak2nya bermimpi ingin belajar di kota paris, tempat di mana seni, sastera dan sains digabungkan, aku bermimpi mahu lepak amsterdam, tempat di mana rock n roll, dadah dan porno disatukan. Aku tak tahu josh mimpi apa, masih lagi dengan mimpi ingin jadi headhunter berpakaian seluar hawai aku rasa.
Balik itu, budak2 ini mencarut. Mahu taknya, member aku semua kena kencing kelawar. Ada seorang itu siap kena tahi kelawar lagi landing tepat2 dekat bahu. Dalam teksi dia dah berniat mahu mandi wajib sesampai kat rumah. Apa cerita kelawar lepak shopping complex malam2 dekat jakarta ni? Takda akhlak ke? Mak bapak tak ajar ke? Sungguh tensi sekali aku melihat sahabat2ku di dalam teksi. Apa2 pun, salam maal hijrah. Bermimpilah wahai rakan2...

Tuesday, December 15, 2009
Samak
Kecil-kecil dulu, memang aku kuat main bola takda peraturan dekat taman permainan taman perumahan. Cucuk kayu buat tiang gol. Selalu aku main dengan budak2 india. Mereka kalau main memang pakai seluar pendek saja, aku pun join sekali. Selipar aku letak tepi, baju gantung dekat buai. Abang aku selalu ada sekali. Paling bangsat perangai budak2 india ni, mereka parking anjing dekat tepi.
Satu hari lepas main, badan berpeluh-peluh. Nasib baik aku comel lagi, tak tough lagi. Tiadalah makcik2 yang buat taichi dekat taman itu naik nafsu tengok aku basah peluh tak berbaju. Apatah lagi auntie2 yang bawak anjing jalan2 dan anak2 auntie yang main buai pakai seluar pendek jerit2. Peluh dekat badan aku pun aku tak tahu, sama ada peluh aku, atau peluh balan, atau tiru, atau jaya, atau mutu, atau dagan, atau sevi(entah apa tebiat mak bapak budak rantai merah ni bagi nama kereta dekat anak). Bau memang dah macam2. Abang aku sound aku
'Woi, selipar kau tadi kena jilat dek anjing sevi!'
Aku dah start mencarut gaya budak kecik. Dah sarung baru nak sound.
Ustazah aku yang jual air soya dekat sekolah agama pernah ajar cara2 nak samak ni. Memandangkan rumah aku simen memanjang, aku pergi rumah sebelah, depan rumah dia ada kebun sayur sikit.
'Auntie, sikit tanah. Maw bikin cuci.' , ah so itu angguk tanda setuju.
Besok pagi2 aku bangun, aku terus tune basikal. Member flat belakang ajak lumba, menang dapat ais krim malaysia dua. Aku dengar syahira anak cikgu bahasa malaysia datang tengok sekali race tu. Mau tak semangat aku. Sambil edjas basikal, aku ternampak auntie sebelah rumah. Sambil terkebil-kebil, aku bertanya
'Auntie, apa bikin tu ??'
'Kasi baja sayur maaa', sambil anjingnya mengangkang buang air di tanah2 kebun kecilnya itu. Celake. Aku rasa nak balik mud gad dekat ah so itu.

Sunday, December 13, 2009
Festival
Habis main permainan komputer, aku bergegas. Seluar tergatung buat sarang nyamuk aku capai, baju dekat ampaian panas2 lagi aku rembat. Aku sarung dekat badan aku yang ala2 jason statham. Tak tipu! Rasah, senior aku dah mencarut dalam telefon suruh cepat. Aku berlari persis atlet lompat kijang salah langkah ke tempat menunggu teksi. Macam lompat bintang pun ada aku rasa.
'Pak, G.I, Grand Indonesia' , rasah memerintah pak teksi.
'Bukan garuda indonesia ya ?' bapak itu cuba buat lawak, aku rasa nak lap peluh dekat ketiak aku betul2 dekat muka dia. Hari2 jumaat nak buat lawak, tak belajar sivik apa?
Kesesakan lalu lintas jakarta, tak payah cerita. Nak masuk tandas dekat highway time raya tak sesak macam tu.
Tujuan kami satu saja, nak tengok muallaf. Cerita yasmin ahmad itu. Pergi memang membabi buta, padahal nak masuk kena pakai tiket. Tiket dah lama habis. Datin orked semalam cakap datang saja, ada kosong masuk. Berdasarkan kepercayaan aku kepada dia sama seperti kepercayaan tidur tak basuh kaki mimpi momok, kami gamble saja. Datin orked itu sister yasmin ahmad. Ya, kami jumpa dia sama amani di festival filem semalam. Hati dah nekad, tak dapat masuk kami merusuh.
Sampai, awek sama mamat depan pintu masuk tak bagi masuk. Tiket tiada. Bangsat. Aku seluk poket, nak keluar buluh runcing. Sial, lupa bawa, tak jadi nak merusuh. Rasah dah merayu dekat awek baju putih. Aku berdiri macho. Hilang lah ego kejantanan kalau merayu. Rasah bernasib baik, ada budak member tak datang offer tiket dekat dia. Aku dengan fendi cari alternatif lain. Tonton filem winter silence, filem indie katanya. Apa barang datang festival tengok filem komersial? Tak pakai otak?
Masuk, fendi belum sampai lima minit dah mencarut. Belum sampai sepuluh minit dah lelap. 'Tak menghargai seni betul!!' , bicara aku dalam hati. Masuk sepuluh minit lebih sikit, aku pun dah terlelap. Tiba2, aku dengar ahh, ahh. Sial, tengah scene buat seks sama cium2. Aku terus duduk tegak, macam tengah interview biasiswa. Toleh sebelah, aktif pula fendi. Mata membesar, fokus gila. Aku berperangai sama. Lima minit selepas itu, kami tidur balik. Haa, siapa kata orang seni tak tidur masa tengok filem?? Lagi satu, kalau tengok filem indie, tengok scene2 menarik saja, serius kamu akan faham ceritanya.

Friday, December 11, 2009
Bahagia
Khamis, bangun-bangun pagi aku dah mencarut. Pukul enam setengah, orang bawah dah tes2 speaker nak buat upacara nikah orang jawa anak tuan rumah aku. Lagi dua jam setengah pula, aku ada exam merepek entah apa-apa. Macam mana aku nak berehat demi menjamin keputusan yang cemerlang?
Pulang dari exam entah apa-apa, aku dengar ceramah pula. Cara-cara hendak menjadi isteri yang baik. Aku dah tarik muka, iyalah, nak masuk rumah, ramai pula makcik2 duduk dengar ceramah. Kang aku lalu buat bodoh saja naik atas, mereka kata aku tiada akhlak islamiyah pula. Sambil port luar bersama pakcik2 kerja angkat barang, aku text member ' warung kopi jom '
Puas aku buang masa dekat warkop, balik rumah balik. Ini ada upacara siram-menyiram pula. Lagu2 tradisional jawa, pengacara majlis berbahasa jawa, bapak2, ibu2 pengantin berpakaian jawa menghiasi atmosfera. Sepatah haram aku tak paham, walaupun mak bapak aku jawa. Aku kan jawa songsang, mana nak ambil tahu budaya bangsa. Kadang-kadang ada juga aku terasa mc itu sedang mengata aku apabila dia membacakan text matanya menjeling tajam ke aku.
Petang, makcik sebelah rumah tegur aku. 'Udah siram-siraman ?' 'Udah!' ' Loh, airnya itu diambil, buat mandi, biar gampang dapat jodoh'
Aku dah terkasima. Balik itu, aku cari air siram2 tadi. Tapi hampa, air kenduri pun dah lenyap dari pandangan. Itulah mak aku cakap, jangan mencarut pagi2, nanti benda baik lari.

Sunday, December 6, 2009
Rasa
Dua tiga menjak ini, hidup biasa-biasa saja. Benda-benda menarik tak banyak nak ditulis.
Entry ini aku tujukan kepada kaum hawa, sebabnya nanti mereka kata blog ini berat sebelah pula kerana entri-entrinya dipengaruhi hormon testosteron. Ini antara cebisan lirik peberet aku dari band scotland, franz ferdinand. Khas aku tujukan kat wanita, kasi u'all berfikir sikit. Nak rajin lagi dengar lagu dia ya..

Do you never wonder? No
No no no you girls never know
Oh no you girls'll never know
No you girls never know
How you make a boy feel
You girls never know
Oh no, you girls'll never know
No you girls never know
How you make a boy feel
How you make a boy
No You Girls, Franz Ferdinand.
Dah, aku banyak lagi helaian kertas membosankan nak kena ngadap. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)