Sunday, November 28, 2010

Pangkas

Di jakarta, kedai gunting rambut, signboard dia cetak pangkas rambut. Harga caj selalu  standard tujuh ribu rupiah. Aku bercakap pasal kedai gunting rambut ortodok, bukan salon.

Dalam dua tiga hari lepas, usai makan bakso aku pergi ke kedai pangkas rambut ini. Sepanjang rambut aku dipotong oleh brader kedai, aku dapat buat kesimpulan persamaan kedai gunting rambut di malaysia sama kedai pangkas rambut di indonesia.

Kedai-kedai ini boleh membuat pelanggan jiwa macam aku terseksa. Terseksa melalui lagu-lagu yang dipasang dalam kedai.  Di malaysia, kedai gunting rambut india lazimnya akan memainkan lagu-lagu tamil bertempo laju yang kalau kau dengar lama-lama, rambut boleh gugur sendiri. Penyanyi dia nyanyi pun sikit lagi nak capai kelajuan lagu rap.

Kalau kedai melayu pula, aku akan dihidangkan dengan lagu keroncong mendayu. Paling hip pun, dia akan buka johor fm, stesen rtm yang hanya aku dengar untuk dengar waktu buka puasa johor bahru.

Kedai di indonesia, aku malas nak cakap banyak. Mesti kau orang tahu. Dangdut never die. Masalahnya, dia bukak dangdut penyanyi suara stok makcik-makcik tak dapat cukup seks. Bagero bukan?

Oh ya, hari itu seorang satpam bermuka tegas mengaku dekat aku, dia minat tegar iklim. Sambil duduk atas motor, aku tahan gelak, konon mahu jaga hati. Di kepala aku terngiang-ngiang ....' Bukan ku tak sudi, kasih...'
Oh ya, tapi di hati satpam, Amy Search tetap nombor satu. Oh silap, ami siers katanya!!