Sunday, April 10, 2011

Yogyakarta

 

Di atas merupakan penjaga keraton ( istana ) yogyakarta yang didiami sultan hamengku bowono. Menurut ibu pemandu pelancong keraton, untuk menjadi penjaga yang tugasnya memelihara keselamatan keraton seperti mereka perlulah mempunyai kemahiran dan ilmu yang tinggi. Mereka haruslah pandai menghalau jin dengan jampi bahasa jawa, boleh bergerak pantas seperti garuda, pandai bermain gamelan disulami irama dangdut kontemporari, terer bersilat sambil memakai kain sarung, suka makan lontong dan rempeyek, dan macam-macam kemahiran lagi yang sukar aku hendak jelaskan kerana terlampau mistik.
Walau terlihat raut wajah mereka yang tenang dan serius, jangan main-main, setiap dari mereka mempunyai keris yang terselit di bahagian kain belakang seperti agen-agen yang menyelitkan pistol di seluar bahagian belakang dalam cerita-cerita mat salleh yang pada bila-bila masa bisa mencabut nyawa pembuat onar.
Walaupun yogyakarta tak banyak awek hot, yogyakarta mempunyai candi-candi yang cantik, gunung merapi yang sejuk, nasi gudeg yang enak,  keraton bersejarah, pantai berombak tinggi, bandar yang tenang dan macam-macam lagi. Kira sedap juga la nak datang jalan-jalan.