Sunday, June 5, 2011

Pulsa

Akhir-akhir ni, brader pulsa tempat aku selalu melawak bila nak top up atau isi pulsa.

Lepas isyak tadi, suasana dingin menusuk sumsum, maklumlah, baru lepas hujan. Sedap juga tidur lepas maghrib hujan-hujan begitu. Sedap lagi bila ditambah perut yang lapar selepas bangun tidur, dijamu dengan nasi ayam bakar bersama es jeruk. Betul tak?

Lepas beli nasi ayam bakar, aku singgah isi pulsa sekejap.

Lepas minta nombor hape ( baca: henpon) aku, brader tu terus bersuara, kedai dia isi pulsa paling cepat, belum sempat di ambil baki duit aku, pulsa dah masuk. Dalam lapar-lapar, aku masih tersenyum kambing. Memang lah belum ambil baki dah sampai, dah lepas masuk kredit baru dia cari baki.

Lepas dia isi pulsa hape aku pakai hape dia, dia bilang;

'Cek hape loe'

Lepas dia bilang begitu, aku semangat keluarkan hape dari poket seluar aku. Ternyata, tambah nilai aku masih belum berjaya. Kredit masih di takuk lama. Muka aku dah berkerut berbaur kekecewaan , masa aku nak bersuara cakap tak ada, dia pantas mencantas;

'Haaa, belum nyampei kan? Iya, aku tau, karena aku masih belum kirim' sambil dia tersenyum sinis.

Selembut hembusan angin gerimis berlalu, selembut itu la aku mencarut, 'babi' disulami senyuman aku yang manis!