Monday, August 8, 2011

Guru

Kelas 5 bestari, pukul 12 tengah hari. Kerana ramai budak-budak baru nak belajar berpuasa, jadi susasana sunyi. Ada yang berpuasa suku hari, ada yang setengah hari, ada yang sehari. Tapi ada juga yang waktu rehat main lari-lari, lepas tu pergi kantin minum pepsi. Tapi itu selalu geng-geng Sevi.

Dalam kelas, Aaron menongkat dagu dengan mata kuyu. Begitu juga teman-temannya yang lain, gaya keletihan semuanya. Cikgu rozana tengah tekun mengajar dekat depan pasal bulan puasa.

'Bila anak bulan telah kelihatan, maka kita akan mula berpuasa', bilangnya ayu.

Aaron bingung, dia angkat tangan, dia diri, dia bertanya.

'Anak bulan tu apa cikgu. Kenapa panggil anak bulan. Bentuk dia macam mana?'

'Kamu puasa tak Aaron? Kalau puasa jangan tanya soalan susah-susah, nanti kamu penat pikir. Nanti cepat lapar'

'Hmmm, sebenarnya cikgu pun tak tahu jawapan dia sebenarnya.'

Loceng berbunyi, kelas dah habis, cikgu rozana bagi pesan terakhir

'Jangan lupa buat homework, dan.......... jangan lupa bagi katalog kuih raya cikgu dekat mak-mak kamu!' lantas kelas bersurai

Akibatnya, sampai sekarang Aaron tak tahu kenapa anak bulan dipanggil anak bulan.

Sekali sekala bahasakan diri aku Aaron, sedap jugak kan.