Kira-kira jam 3.45 pagi waktu indonesia barat, aku bangun bagi menunaikan ibadat sahur. Ameer housemate aku dah pung pang keletung keletang dekat dapur potong bawang lada kejadah semua. Walaupun cuma mahu masak sardin tin, aku tengok gaya bersepah dah macam nak masak dalam masterchef australia masa pressure test. Aku diamkan saja, sebab dia masak sardin dengan nasi lebih.
Sambil menunggu dia masak, aku berdiri di tepi dinding jamban dengan gaya matt preston. Jamban betul-betul kat tepi dapur membuatkan aku kadang-kadang rasa macam tak senonoh juga arkitek rumah ni.
Sambil menyantap nasi lauk sardin dan telur dadar, aku on tv. Bukak cenel trans, ada opera van java edisi sahur.
Tv indonesia memang hebat. Dalam kata orang putihnya, power. Mana taknya, waktu-waktu bersahur begitu dapat buat rancangan komedi live. Orang lain bersahur, diorang berlakon gelak-gelak. Sambil-sambil tu, ada juga diselitkan segmen kuiz tajaan djarum 76 ( jenama rokok ) dengan soalan yang macam gampang dia punya payah.
Salah satu soalan adalah seperti berikut :
Apakah yang anda rasakan selepas berbuka :
a. Mengantuk
b. Hepi
c. Sedih
Macam gampang kan soalan dia?
