Tuesday, October 25, 2011
Pejuang
Aku hitung-hitung, dah lama juga aku tak menonton bioskop di jakarta ni. Selain aku malas nak keluar rumah, faktor lain adalah filem-filem luar ditayangkan lambat dekat indon ni dek kerana krisis tak bayar cukai entah apa entah kat hollywood dulu.
Tapi semalam aku berkesempatan juga tengok cerita dekat atas. Cerita ni memang wajib tonton. Cerita ni kejap-kejap hampir buat anda nak sepak orang, kejap-kejap boleh buat anda menangis, kejap-kejap bisa buat anda jadi sensitif, kejap-kejap mampu buat jantung berdetak kencang, dan kejap-kejap nak buat anda kencing. Oh bab kencing tu sebab pawagam tu agak dingin, ditemani air coke ais lagi, bukan sebab cerita.
Tapi ada satu persamaan karakter dalam filem ni yang iras-iras karakter aku. Watak Brendon lakonan joel edgerton sebijik macam aku. Muka baik, badan tough, otak pandai, penyayang dan hati sensitif. Haha, tak percaye lettew. Gampang betul

