Kalau tak silap, dulu aku pernah terbaca yang mahathir paling tak suka waktu pergi toilet sebab dia tak boleh buat apa-apa yang produktif selain buang air. Tapi situasi berbeza pula di rumah sewa aku di jakarta. Toilet aku merupakan tandas kecik dengan jamban cangkung, kolah kecik, satu paip air dan mempunyai lubang angin berbentuk empat segi di atas pintu jamban.
Di lubang angin itu, terdapat beberapa longgokan buku. Antaranya, beberapa komik, novel dan satu buku farmakologi dan motivasi. Buku farmakologi dan motivasi tu yang paling berhabuk dan bertaik cicak sekarang ni.
Ya, budak rumah aku memang suka membaca waktu berak. Kesedapan membaca buku waktu buang air besar adalah boleh berfantasi terutama ketika membaca novel. Keadaan lebih menguntungkan pada saat diare dan sembelit. Masa interval antara berak pertama dan nak berak lagi pada diare dan waktu nak tunggu tahi jatuh pada sembelit amat berharga dan boleh diisi dengan membaca. Lagi-lagi jika anda malas nak bangun, pastu rasa nak keluar cangkung balik.
Setakat ni, aku dah habis 4 novel, semua hanya dibaca waktu dalam jamban.
Tapi, tu lah. Rumah aku jamban cangkung je. Baca tak sampai sepuluh muka surat, lutut dan lenguh. Selain berisiko dapat hemorrhoid, nak cebok pon tak sedap bila lutut dah lenguh.
So, kesimpulan aku, membaca itu jambatan ilmu. Hehe.
