Tuesday, November 29, 2011

Mendaki

Jumaat lepas, aku bersama teman-teman bertolak ke cibodas untuk mendaki gunung gede. Gede tu kira besar la kalau terjemah ke bahasa malaysia. Kira power jugak nama gunung ni.

Sepanjang hidup aku, ni pertama kali aku main panjat-panjat gunung ni. Ku kira gampang, rupanya susahnya minta ampun. Mengikut pendapat aku, mendaki gunung ni sedap la bagi orang yang ada peralatan lengkap dan sangat mencintai alam sekitar.

Tapi aku memang jenis tak cintakan alam sekitar. Aku panjat gunung hari tu pun, pakai beg, topi, sarung tangan, semua pinjam.

Lagi gampang, aku baru perasan kasut tertinggal bila dah sampai kaki gunung. Nasib baik member ada sandel lebih, itu pun tak bertahan lama. Setengah jalan, kaki aku dah melecet. Nak tak nak, aku bedal pakai selipar asadi.

Alhamdulillah, berkat barangan berkualiti buatan malaysia, aku berjaya sampai ke puncak dan turun ke kaki gunung dengan selipar asadi 6 ringgit aku. Tapi banyak juga dosa mencarut aku sebab asyik tersepak kayu dengan batu.

Namun, dalam kejayaan aku menawan gunung gede ni, insan yang paling banyak membantu adalah abd rauf. Dia punya skill panjat gunung memang hero. Topi aku hilang dekat camp, aku rembat topi dia. Lampu suluh aku habis bateri, dia tolong suluhkan jalan. Aku nak kencing dengan berak, dia tolong temankan sambil supply air.

Dan nasihat dia agar jangan buang sampah merata-rata, jangan berak bersepah-sepah, kambus taik lepas berak, dan jangan kencing ikut suka masih tersemat di dalam benak fikiran, walaupun haram satu apa pun aku tak ikut.

 
Sebenarnya aku dah set up pakai seluar pendek coklat macam mendiang steve irwin dah. Tapi memandangkan dekat puncak tu sejuk bebeno, terpaksa aku kembali ke akar umbi jawa aku dan sarung kain pelekat. Alah, abd rauf yang hero tu pun terketar-ketar, apatah lagi aku. Benar kata pak jabit, orang jawa mana tahan sejuk.

p/s : Maaf, sekarang aku takda stok gambar abd rauf. Nanti la senang-senang dah jumpa aku upload, kasi lu orang tengok, hero ke tak hero