Saturday, December 24, 2011

Lapang

Sebagai seorang mahasiswa, sekarang aku tengah menjalani hari-hari cuti natal dan tahun baru. Disebabkan rancangan bercuti aku telah dikhianati oleh member-member yang sekali merancang, aku menghabiskan masa duduk di rumah saja dan tidak balik ke tanah air.

Walau sale tengah bersepah di jakarta, aku tidak terlalu berghairah nak menghabiskan duit, sebaliknya menabung demi masa depan yang belum jelas sinarnya di mana.

Gampang, sebenarnya aku bosan nak mati duduk dekat jakarta ni waktu-waktu cuti. Aku tak tahu kenapa bila ponteng kelas aku tak bosan, bila dah cuti aku bosan.

Dek kerana terlalu banyak masa lapang yang harus dibuang, aku hanya membuat aktiviti-aktiviti ringan. Seperti menyelet tahi hidung basah bewarna kelabu kehijauan di seat motor bapak yang selalu parking motor betul-betul depan gate aku namun selalu buat muka kerek dan tidak pernah senyum kepada aku. Langsung tidak. Tidak sama sekali. Aku harap tindakan aku itu dapat membawa paradigma baru dalam hubungan kami berdua.

Aktiviti lain adalah melayan cerita hindustan di saluran tv indonesia. Tadi baru saja aku tengok Kuch-kuch hota hei di mnctv sambil makan nasi goreng. Aku adjust bontot duduk elok-elok dengan niat untuk menikmati keenakan nasi goreng dan liuk lenggok kajol ketika menari.

Namun, ghairah mula terpadam bila shah rukh khan dan kajol kerja asyik cakap ya ampun je.

Ya, tv indonesia suka mengalih suara, tapi nanti jadi gampang la bila tengok. Nasib baik time nyanyi-nyanyi ada lirik, boleh aku sing along dalam hati dan mengubat kesugulan hati.