Saturday, December 17, 2011

Parit

Isnin depan aku ada paper, jadi semalam tepat jam 12 malam waktu indonesia barat, aku capai buku dengan niat mahu ulangkaji. Dalam pukul 2.30 pagi, aku tutup buku dan terus seting-seting nak tidur. Cuba bayangkan berapa banyak halaman yang aku boleh habiskan dalam jangka waktu tersebut.

Tapi gampangnya, aku cuma baca dalam 3 muka surat, lepas tu boleh pulak aku terlayan telemovie Parit Jawa sampai habis dekat youtube. Telemovie tu pulak ada eman manan. Sedih dan menyayat hati pulak tu.  Efek cerekarama terus menusuk kalbu.

Eman mana tu kalau nak banding dengan aaron aziz, aaron aziz tu tahap adik-adik je.

Telemovie ni bagus sebenarnya, lagi-lagi bagi budak-budak generasi aku sekarang yang jawa tapi tak nak mengaku jawa. Bak kata atok sedara aku, cilik-cilik manganne tempe karo gereh, wes gede ora ngaku wong jowo.

Namun, yang menjadi persoalan dekat benak aku sekarang, kenapa dalam telemovie ni, bila dialog mereka dalam bahasa jawa, aku tak payah baca sarikata selamba je paham. Tapi bila orang indon yang jawa ngomong jowo dengan aku, ngesot-ngesot jugak nak tangkap? Adakah darah campuran cina, inggris dan venezuela yang mengalir dalam diri aku menghambat aku dari mengerti bahasa jawa tinggi?