Cuti-cuti macam ni, banyak juga aku layan sinetron dekat tv. Aku perati, formula awek dalam sinetron dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Selalu yang paling hot dan cantik mesti watak jahat. Dia punya jahat tak nak macam gampang pulak, main-main racun la, cabut topeng oksigen waktu sakit la, lepas asap beracun dalam bilik la, dan macam-macam lagi. Buat kerja jahat pulak, mesti selalu ajak pakwe. Yang baik dan teraniaya mesti level hot dengan cantik dia bawah sikit.
Sebab tu, kalau aku tengah jalan-jalan, ada awek-awek stok sinetron nak adjust aku, aku buat dek je. Mau sangkut, jadah asyik nak tolong buat kerja jahat je nanti.
Lepas tu aku tengok ahsraf sinclair ni berlakon sinetron, memang macam gampang. Cakap indon pun kadang-kadang sangkot. Harap bini je hot.
Thursday, December 29, 2011
Saturday, December 24, 2011
Lapang
Sebagai seorang mahasiswa, sekarang aku tengah menjalani hari-hari cuti natal dan tahun baru. Disebabkan rancangan bercuti aku telah dikhianati oleh member-member yang sekali merancang, aku menghabiskan masa duduk di rumah saja dan tidak balik ke tanah air.
Walau sale tengah bersepah di jakarta, aku tidak terlalu berghairah nak menghabiskan duit, sebaliknya menabung demi masa depan yang belum jelas sinarnya di mana.
Gampang, sebenarnya aku bosan nak mati duduk dekat jakarta ni waktu-waktu cuti. Aku tak tahu kenapa bila ponteng kelas aku tak bosan, bila dah cuti aku bosan.
Dek kerana terlalu banyak masa lapang yang harus dibuang, aku hanya membuat aktiviti-aktiviti ringan. Seperti menyelet tahi hidung basah bewarna kelabu kehijauan di seat motor bapak yang selalu parking motor betul-betul depan gate aku namun selalu buat muka kerek dan tidak pernah senyum kepada aku. Langsung tidak. Tidak sama sekali. Aku harap tindakan aku itu dapat membawa paradigma baru dalam hubungan kami berdua.
Aktiviti lain adalah melayan cerita hindustan di saluran tv indonesia. Tadi baru saja aku tengok Kuch-kuch hota hei di mnctv sambil makan nasi goreng. Aku adjust bontot duduk elok-elok dengan niat untuk menikmati keenakan nasi goreng dan liuk lenggok kajol ketika menari.
Namun, ghairah mula terpadam bila shah rukh khan dan kajol kerja asyik cakap ya ampun je.
Ya, tv indonesia suka mengalih suara, tapi nanti jadi gampang la bila tengok. Nasib baik time nyanyi-nyanyi ada lirik, boleh aku sing along dalam hati dan mengubat kesugulan hati.

Saturday, December 17, 2011
Parit
Isnin depan aku ada paper, jadi semalam tepat jam 12 malam waktu indonesia barat, aku capai buku dengan niat mahu ulangkaji. Dalam pukul 2.30 pagi, aku tutup buku dan terus seting-seting nak tidur. Cuba bayangkan berapa banyak halaman yang aku boleh habiskan dalam jangka waktu tersebut.
Tapi gampangnya, aku cuma baca dalam 3 muka surat, lepas tu boleh pulak aku terlayan telemovie Parit Jawa sampai habis dekat youtube. Telemovie tu pulak ada eman manan. Sedih dan menyayat hati pulak tu. Efek cerekarama terus menusuk kalbu.
Eman mana tu kalau nak banding dengan aaron aziz, aaron aziz tu tahap adik-adik je.
Telemovie ni bagus sebenarnya, lagi-lagi bagi budak-budak generasi aku sekarang yang jawa tapi tak nak mengaku jawa. Bak kata atok sedara aku, cilik-cilik manganne tempe karo gereh, wes gede ora ngaku wong jowo.
Namun, yang menjadi persoalan dekat benak aku sekarang, kenapa dalam telemovie ni, bila dialog mereka dalam bahasa jawa, aku tak payah baca sarikata selamba je paham. Tapi bila orang indon yang jawa ngomong jowo dengan aku, ngesot-ngesot jugak nak tangkap? Adakah darah campuran cina, inggris dan venezuela yang mengalir dalam diri aku menghambat aku dari mengerti bahasa jawa tinggi?

Monday, December 5, 2011
Penyakit
Minggu depan aku ada peperiksaan. Itu bermakna aku kena mula ulangkaji. Tapi aku tak berkenan betul nak stadi malam-malam ni.
Sebab apa aku malas nak stadi malam-malam? Sebab bila stadi malam, otak banyak pakai tenaga. Selain tenaga yang banyak dibuang buat tepuk nyamuk yang banyak macam haram dekat jakarta ni. Bila pakai tenaga banyak, kadar gula darah aku berkurang. Secara automatik, aku jadi lapar. Bila aku dah lapar, aku mula makan.
Bila makan larut malam, orang cakap tak elok. Nanti jadi lemak. Lagi-lagi bila makan terus lepas tu tidur. Kalau lemak didistribusi ke seluruh badan, aku tak kesah sangat. Ini lemak selalunya hanya tertumpu pada perut dan lingkar perut. Bila lemak banyak terkumpul di perut, dan anggota badan lain maintain keding, aku dah nampak macam budak kwashiokor. Macam mana nak dapat badan macam theseus dalam cerita immortals?
Itu yang aku dilema nak buka buku ni. Bukan malas sebenarnya.

Saturday, December 3, 2011
Kucing
Semalam, aku pergi ke mall. Nak tengok wayang. Sementara tunggu nak masuk panggung, aku jalan-jalan dulu. Aku tengok restoran fast food, ramai juga budak-budak kecik makan fast food sekarang ni.
Kesian, kecik-kecik dah kena suap makanan tak berkhasiat. Nanti dah besar mesti obes. Lepas tu kena ejek dengan kawan-kawan dekat sekolah. Lepas tu bunuh diri. Haaa, masa tu baru mak bapak nak rasa bersalah sebab bagi anak makan bukan-bukan waktu kecik.
Tak pun dah besar kena kolesterol tinggi. Nak berlari tak boleh. Masa pendidikan jasmani, orang main bola, dia main telor. Lepas tu kena ejek dengan kawan-kawan dekat sekolah. Lepas tu bunuh diri. Haaa, masa tu baru mak bapak nak rasa bersalah sebab bagi anak makan bukan-bukan waktu kecik. .
Tak pun tak boleh main permainan dekat genting yang ada had berat. Lepas tu kena ejek dengan kawan-kawan dekat sekolah. Lepas tu bunuh diri. Haaa, masa tu baru mak bapak nak rasa bersalah sebab bagi anak makan bukan-bukan waktu kecik. .
Tapi filem puss in boots memang lawak, lagi-lagi kucing yang muncul tiba-tiba lepas tu cakap oooooo dekat background. Macam gampang.

Subscribe to:
Posts (Atom)