Dah masuk tahun 2012, tapi aku masih tak berapa berkenan sangat belajar medik ni. Tapi, orang cakap dah dapat nikmat dan peluang, jangan sia-siakan. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan orang tua-tua kata. Dan juga, sampai sekarang aku tak tahu perkasam tu ape bende.
Sebenarnya, aku dulu ambil kos kedokteran ni sebab terpengaruh nak jadi macam Dr. Cox dalam scrubs je. Bagi aku, kira berbaloi la kalau dah belajar penat-penat, dah kerja nanti jadi macam Dr.Cox. Bini pon boleh tahan lawa.
Dulu, lepas SPM sebenarnya aku nak jadi fesyen desainer je. Tapi lepas menyuarakan cita-cita aku ke salah seorang teman berbangsa India aku bernama Maran, dia terus cakap macam ni;
'Dey Macha, u nak jadi fesyen desainer, u tau tak kalau nak jadi fesyen desainer kena jadi lembut-lembut baru boleh success. Orang melayu kata apa.....haaaa, pondan'
Aku balas ' jadi lembut bukan susah pun cha'
Selepas hembus asap rokok, dia menyambung ' memang la tak susah macha. Tapi tengok u jadi lembut buat i geli tau. I rasa bukan I sorang-sorang geli, orang lain pun geli'
Macam gampang dia punya jujur. Taim lain, selalu cakap belit-belit.
Terus aku kuburkan cita-cita murni aku macam tu saja.
