Friday, January 6, 2012

Songlap

Petang tadi, aku sanggup melanggar rutin tidor lepas solat jumaat sebab nak menonton filem songlap di yutiub. Dalam lambakan filem rempit bodoh, gangster bangang, momok bongok, ombak bangsat dan beramacam-macam lagi, ada juga filem dari tanah air yang mempunyai kualiti macam songlap ni.

Dan aku juga kagum dengan persembahan lakonan shahezi sam tu. Entah apa makan mamat tu, berlakon power gila. Macam aku berlakon kecik-kecik dulu.

Lu orang jangan tak percaya. Dulu kecik-kecik aku pernah dapat tempat ketiga pertandingan bercerita peringkat zon gelang patah. Memang la bercerita dengan berlakon lain, tapi lu orang pikir senang ke nak berlakon watak arnab dengan kura-kura yang boleh bercakap? Macam gampang dia punya susah.

Cikgu pengiring aku cakap, aku senang-senang je boleh sapu tempat pertama, tapi ada beberapa kekurangan;
  • Aku tak reti buat bunyi binatang. Kejadah apa, mana aku tahu bunyi arnab dengan kura-kura macam     mana.
  •  Cerita aku tak bermoral sangat. Sebab aku cerita dua ekor haiwan tu lumba, las-las arnab menang juga. Ape kebodoh nak cerita kura-kura menang. Arnab tertido sehari pun, kura-kura tak boleh nak potong kalau ikut lojik. Lagipun, takkan aku nak menipu penonton yang rata-rata tak ada syahwat lagi?
  •  Muka aku kurang comel berbanding peserta lain. Ini aku setuju, sebab aku dari kecik memang dah muka rock.
Hehe.