Friday, January 20, 2012

Tiada

Aku takde fesbuk, dan ramai cakap aku kuno. Jadi, aku tak ada nak kontek sangat kawan-kawan lama, sebab aku tak ada fesbuk. Teman-teman lama pun tak boleh kontek aku, sebab aku takde fesbuk. Kira blog ni je lah kalau kawan-kawan lama nak tau betapa berkembangnya aku.

Jadi, andai kata anda semua, kawan-kawan lama atau kawan-kawan baru, dah tak dengar apa-apa pasal aku dan blog aku tak terupdate-update, sila pikirkan empat perkara berikut.

1. Aku dah jadi mayat

2. Aku join taliban

3. Aku jadi pembunuh upahan dan berdomisili di brasil bersama awek bodi sedap kulit latin

4. Atau jadi seperti lagu di bawah ini :


Apa, anda semua tak paham bahasa indonesia lalu tak paham apa disampaikan lagu di atas? Ada otak, pergi lah belajar dari sinetron.