Saturday, February 4, 2012

Bas

Hari itu, lepas pagi aku dihiasi cengkerik di dalam seluar, aku terus bangkit dan bersiap untuk menjalankan satu misi. Misi aku adalah untuk ke kebayoran baru dalam rangka untuk membeli tiket murah untuk menonton pertunjukan sebuah band batu progresif ( progressive rock ) pada bulan empat mendatang.

Mengikut rancangan, aku harus menaiki busway untuk turun di blok m dan kemudian menaiki bajai 150cc untuk sampai ke destinasi. Bukan calang-calang juga pertualangan aku hari itu. Sebabnya, naik busway ni dia punya feel macam celaka.

Bagi yang belum mengetahui, busway ni sistem dia macam lrt juga la, ada stesen-stesen, cuma pakai bas dengan air-cond yang kedinginannya setara dengan kipas butang nombor dua. Kegampangannya ditambah lagi dengan orang-orang yang padat dan tak reti nak bersabar masa mahu menaiki bas.

Aku sebenarnya tak suka bila naik bas ada ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Bukan sebab apa, nanti aku tak boleh nak duduk. Bukan sebab apa juga, aku ini seorang yang baik hati dan berbudi pekerti yang tinggi, mesti akan offer tempat duduk kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni walau ada  tempat duduk kosong terhidang indah di depan mata.

Perjalanan naik bas ke blok m pula memakan masa hampir satu jam lebih juga naik bas. Peh, memang bukan cakang-calang juga pertualangan aku hari itu.

Kadang-kadang, aku ada juga berniat nak merubah diri jadi jahat sikit biar hidup senang. Tapi nak buat macam mana, sudah memang aku dilahirkan dengan pekerti yang terpuji dan hati seindah taman firdausi.