Aku bangun awal, lepas basuh muka, terus pergi hutan bandar skudai. Dari malam semalam aku dah niat nak jogging pagi-pagi. Lagi pula, di tempat kediaman aku di indonesia, tiada taman rekreasi untuk beraktiviti pagi-pagi, jadi dekat sini sajalah aku mahu melepas gian berlari-lari.
Di hutan bandar, aku perasan ada dua kelompok besar tengah bersenam. Satu gabungan aerobik dan poco-poco, satu lagi campuran tai chi dan senaman batin aku rasa sebab gerak dia pelik-pelik dan erotik.
Haha.
Yang kumpulan rancak, banyak orang muda-muda terutama gadis dan amoi. Yang perlahan dan menenangkan banyak disertai oleh warga emas, atau separuh emas.
Sedang aku berlari-lari anak, aku lalu depan kelompok yang sedang beraerobik ditemani lagu move like jagger. Seorang brader badan ala-ala adam levine pakai baju v-neck kelihatan bertungkus-lumus mengepalai senaman. Gadis-gadis dan amoi-amoi aku tengok sedang terlompat, terkinja, keriangan bersenam sambil berpeluh-peluh.
Pada hemat aku, adalah tidak sopan jika awek-awek tengah bersenam bersungguh-sungguh, aku sebagai lelaki tak singgah tengok. Jadi, aku berehat sebentar dari jogging dan melayan pemandangan manusia beraerobik. Sedang aku berehat-rehat, pap, musik dari kumpulan taichi stop. Aku jeling pakcik-pakcik dan makcik-makcik pasukan taichi sudah selesai urusan.
Dan sejurus itu juga, beberapa makcik dari golongan taichi join kumpulan aerobik berlompat-lompat bersenam keriangan. Ada beberapa juga yang pakai baju ketat dan legging. Menyedari pemandangan indah pagi aku telah dicemari, aku tarik nafas dalam-dalam dan terus sambung berlari dan bernyanyi bak kata sheila on seven.
