Saturday, February 25, 2012

Ikan

Sepanjang aku bercuti di kuching beberapa hari lepas, aku telah menempuhi beberapa pengalaman penuh ranjau dan liku.

Namun, pengalaman paling mencabar adalah makan terubuk panggang dalam gelap. Tulang dia macam gampang bersimpang-siur dan bercabang-cabang serta halus-halus. Nasib baik juga aku selalu bergelumang dalam proses mengasingkan daging ikan parang waktu tolong mak aku buat laksa johor, jadi aku dah ada pengalaman sikit hendel ikan-ikan jenis banyak tulang ni.

Pengalaman kedua mencabar adalah menari tarian melanau. Habis menari terus aku semput. Tapi sempat juga aku kaver, takkan nak semput depan awek-awek kampung budaya. Awek-awek kampung budaya dah la hot-hot, lagi-lagi dekat rumah iban dengan melanau.

Pengalaman paling tak mencabar adalah mencari rokok seludup. Senang sangat.

Tuesday, February 21, 2012

Busker

Hari itu aku ke bandung, teman keluarga aku berjalan dan berbelanja. Entah mengapa orang malaysia suka sangat syoping di situ, sampai sekarang aku masih belum mengerti.

Pagi-pagi family aku dah keluar dari hotel nak pergi syoping. Aku tak ikut, selain malas, aku memang tak suka syoping tempat murah. Kalau dekat asia tenggara ni, aku cuma berbelanja dekat orchard road dengan teluk marina di singapore saja. Baru lah ada apa, haaa, ada standarad orang kate.

Tengah hari, aku bangun. Lapar.

Cek wallet, gampang, ada lime belas ribu rupiah je. Takpe, ni santap batagor dengan teh botol lepas ni, bicara hati. Lepas cuci tahi mata dan kumur-kumur pakai air coke dari dalam peti ais mini hotel, aku berjalan keluar.

Sampai satu gerai batagor tepi jalan, aku duduk. Order apa yang telah aku niatkan sebelumnya. Tiba-tiba, seorang busker membawa gitar datang kepadaku seiring dengan ketibaan batagor dan teh botol dingin.

Suasana bertukar dingin, sebab ada angin.

Angin dekat bandung kalau betiup, dingin jua walau waktu tengah-tengah hari begini.

Lain kali aku sambung, lapar pulak rase...

Thursday, February 16, 2012

Jerman

Kalau mengikat buku sejarah vorsprung durch technic edisi ke lima yang ditulis mengggunakan bahasa jerman tradisional dan diterbitkan di frankfurt, pengarang buku itu telah mendedahkan bahawa hitler tidak mati bunuh diri di dalam bunkernya di zaman kejatuhannya, tetapi telah melarikan diri ke kuching dan berkahwin dengan gadis dayak laut tempatan dan berzuriat dan menghembuskan nafas terakhir ketika minum air langkau kuat sewaktu pesta menuai.

Dan, ketika lawatan aku yang bukan calang-calang ke kuching, aku telah sempat meluangkan masa dengan salah seorang keturunan hitler itu.

 Dia yang bekerja sebagai penghantar minuman telah memberitahu satu rahsia iaitu dia membubuhkan serbuk pengawal minda ke dalam setiap minuman yang dihantarnya agar orang yang meminum minuman di kedai itu terpengaruh kembali dengan doktrin nazi yang pernah diperjuangkan moyangnya dahulu.

Maka, sesiapa yang mahu beramah mesra dengan keturunan hitler ini, boleh la berkunjung ke alamat di bawah ini.


Wednesday, February 15, 2012

Ranjau

Aku turun dengan lincah dari kereta, berlari melewati pintu lapangan terbang antarabangsa senai. Khuatir kalau-kalau terlepas penerbangan aku. Sambil berehat mengambil nafas, aku lihat di skrin, penerbangan aku ditunda.

Celaka.

Tapi aku faham, penerbangan pun ditunda sebab ribut salji yang tebal tengah rancak melanda bandar johor bahru. Jadi, penerbangan dari negeri kenyalang tak boleh landing, pusing-pusing je atas tempat parkir kapal terbang airport tu. Itulah susahnya menetap di satu-satunya negeri di malaysia yang mempunyai empat musim.

Sambil menunggu kapal terbang datang, aku melabuhkan bontot sambil memerhati gelagat manusia.

Brader sebelah aku tengah sibuk main aifon sambil betul-betulkan spender. Ha, telur tersepit la tu, pakai seluar skinny lagi.

Awek seksi sebelah aku pula sibuk main blekberi, sambil kadang-kadang membetulkan coli. Henpon mahal, tapi pakai coli murah, kan dah tak selesa.

Sambil duduk, aku berfikir, pertualangan belum bermula lagi, cabaran sudah bermula. Jadi, aku segera menyiapkan mental dan fizikal kerana aku menduga bahawa pertualangan aku ke kuching ini akan menjadi pertualangan yang bukan calang-calang.

Friday, February 10, 2012

Studio

Beberapa hari lepas aku menjengah trans studio di bandung. Nak tengok juga di mana kemegahan taman tema yang orang kata-katakan itu.

Tapi, tahukah anda, nak naik permainan negeri raksasa ( ala-ala spaceshot di genting ), macam nak naik bas tambang dari city square jb, tunggu penuh baru jalan. Brader yang jaga tu kasi alasan, kena tunggu penuh baru jalan sebab nak kasi stabil. Kepala bana apa, dekat sepuluh minit juga aku tunggu benda tu baru jalan. Nasib baik kawasan itu bebas rokok, kalau tak dah banyak kesan cucuh rokok dekat brader yang jaga tu.

Tapi bagi aku, mainan-mainan dekat taman tema tu tak ada ekstrem mana pun. Cuma satu je yang buat adrenalin aku mencanak, yaitu permainan yang dipanggil bolang adventure. Peh, habis naik benda alah tu, terus inkontenensia uri dengan alvi aku dibuatnya.

Jadi, kalau ada sesiapa berencana nak ke sana berhibur, aku sarankan naik la bolang adventure tu. Abaikan roller coaster yamaha terlaju di dunia dengan manuver gerakan mundur yang sensasional tu, itu untuk budak-budak kecik boleh la.

Wednesday, February 8, 2012

Botak


Gampang, poster persatuan dah macam cover album band skinhead. Iras-iras poster this is england pun ada juga. Ini kalau minta apa-apa tak dapat, mesti kerja gaduh je persatuan ni. Aku ingat, bila aku nak bertanding pilihanraya, aku nak buat poster aku macam ni. Baru orang gerun tengok.

Saturday, February 4, 2012

Bas

Hari itu, lepas pagi aku dihiasi cengkerik di dalam seluar, aku terus bangkit dan bersiap untuk menjalankan satu misi. Misi aku adalah untuk ke kebayoran baru dalam rangka untuk membeli tiket murah untuk menonton pertunjukan sebuah band batu progresif ( progressive rock ) pada bulan empat mendatang.

Mengikut rancangan, aku harus menaiki busway untuk turun di blok m dan kemudian menaiki bajai 150cc untuk sampai ke destinasi. Bukan calang-calang juga pertualangan aku hari itu. Sebabnya, naik busway ni dia punya feel macam celaka.

Bagi yang belum mengetahui, busway ni sistem dia macam lrt juga la, ada stesen-stesen, cuma pakai bas dengan air-cond yang kedinginannya setara dengan kipas butang nombor dua. Kegampangannya ditambah lagi dengan orang-orang yang padat dan tak reti nak bersabar masa mahu menaiki bas.

Aku sebenarnya tak suka bila naik bas ada ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Bukan sebab apa, nanti aku tak boleh nak duduk. Bukan sebab apa juga, aku ini seorang yang baik hati dan berbudi pekerti yang tinggi, mesti akan offer tempat duduk kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni walau ada  tempat duduk kosong terhidang indah di depan mata.

Perjalanan naik bas ke blok m pula memakan masa hampir satu jam lebih juga naik bas. Peh, memang bukan cakang-calang juga pertualangan aku hari itu.

Kadang-kadang, aku ada juga berniat nak merubah diri jadi jahat sikit biar hidup senang. Tapi nak buat macam mana, sudah memang aku dilahirkan dengan pekerti yang terpuji dan hati seindah taman firdausi.

Thursday, February 2, 2012

Pagi

Budak rumah aku sorang ada bela cicak tokek. Kalau bahasa internasional dia, orang panggil gecko. Dia punya gecko ni ada bintik-bintik, ada yang belang-belang, tapi bosan nak mampus main dengan mereka. Tak manja langsung. Makanan mereka adalah cengkerik.

Pagi tadi aku bangun sebab rasa tak selesa. Dengan keadaan separuh sedar dan separuh bogel, aku seluk seluar pendek pakai tangan basuh taik.

Pap, dapat cengkerik sekor. Gampang, macam mana cengkerik ni boleh masuk dalam seluar pendek pun aku tak tahu.

Serentak itu juga la, perut aku terasa lapar sebab semalam makan sikit je.

Mata aku yang separuh sedar terus tertumpu kepada cengkerik yang berada di antara ibu jari dan jari telunjuk aku, dan aku terus rasa berselera nak makan cengkerik.

Aku dah cek dah, cengkerik halal di makan. Lega sikit.